Saturday, July 25, 2015

KETUA PEMUDA JOHOR HABISKAN RM900,000?

Kita tentu ingat kepada Hahasrin Hashim, Ketua Pergerakan Pemuda Umno Johor yang menafikan secara rapuh tentang penglibatannya dalam perbincangan menggulingkan Perdana Menteri, ketika Pilihanraya Kecil Rompin pada April lalu. 

Dalam mesyuarat itu, Naib Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan atau dikenali sebagai Azwan Bro didakwa menghasut ketua pemuda Umno bahagian Johor untuk menentang kepimpinan presidennya. 

Menurut laporan itu lagi, mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh exco Pemuda Umno Arman Azha Abu Hanifah, Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi, Sheikh Ahmad Nafiq Sheikh A Rahman dan Penolong Setiausaha Pemuda BN Datuk Mohamed Shafri Abd Aziz. 

Azwan yang sepatutnya membincangkan strategi kempen Pemuda Umno Rompin dilaporkan turut melahirkan rasa tidak percaya dengan penjelasan Najib semasa pertemuan bersama Pemuda Umno minggu sebelum itu. 

Yang peliknya selepas didedahkan, semua tak mengaku. Inilah orang Umno, pengecut. Tak ada prinsip. Sepatutnya Azwanbro teruskan usaha itu. Kita pun mahu melihat Umno melingkup. Bila didedahkan, semua nak cover line. Sepatutnya diteruskan sebab cepat sikit pemimpin seperti Khairy yang kita lihat berpotensi dan neutral memimpin negara kita ke arah Wawasan 2020.

Kita sentuh sikit pasal Hahasrin Hashim yang boleh dianggap Hollier than thou ini. Hasrin kini Ketua Pergerakan Pemuda Umno Johor yang dilantik atas ihsan. Ya, Umno memang suka buat benda tak berfaedah seperti ini. Memang ada perlantikan dibuat atas ihsan tanpa kira layak atau tidak. Sama seperti sesetengah menteri yang dilantik dalam kabinet. Itupun kita akan cerita di lain lembaran.

Asal terhutang budi, dibagikan jawatan. Tak kisahlah layak ke tidak. Inilah Umno. Yang jahanam siapa? Kitalah. Rakyat. Konsep Umno dari zaman Mahathir sampai ke Najib Takut Bini, siapa pandai mengampu, dapat jawatan.

Di kalangan orang politik Johor, ramai tak berkenan dengan Hasrin ini. Bekas Pegawai Khas Menteri Pelajaran ini dikatakan berlagak seperti seorang VVIP di Johor. Tanyalah kepada orang politik, pasti ramai mengeluarkan ayat kurang manis mengenai Hasrin ini. Siapalah lantik dia ni.

Difahamkan, perlantikan sebagai Ketua Pemuda Umno Johor ini adalah atas kehendak Menteri Besar Johor, Dato Mohammed Khaled Nordin. Ikut kehendak menteri skateboard, Khairy Jamaluddin, dia mahukan penganjur nak aibkan Perdana Menteri, Nothing2Hide, Khairul Anwar sebagai Ketua Pemuda Johor. Tapi Khaled enggan, dan mahu meletakkan bekas pegawai khasnya di situ. Khairul terpaksa akur dan menerima jawatan Naib Ketua Pemuda.

Semua orang tahu, antara Hasrin dan Khairul Anwar memang tak sehaluan. Di Johor lebih ramai ikut Khairul Anwar daripada ikut Hasrin. Jika Hasrin anjurkan program, hanya segelintir kecil pengampu di kalangan Ketua Pemuda Bahagian akan hadir.

Di mata khalayak kononnya kedua mereka rapat padahal orang politik ini lebih teruk drama daripada Nora Danish dan Fasha Sandha. Khairul sebagai bekas wartawan Berita Harian, seorang oportunis. Dia tahu meletakkan dirinya di kalangan orang media. Tetapi di jaringan orang lama media, semua tahu perangai Khairul ini. Publisiti kepada naib ketua pemuda lebih banyak berbanding ketua pemudanya sendiri.

Selain jawatan Ketua Pemuda ini, Khaled meletakkan Hasrin di Perbadanan Usahawan Johor Sdn Bhd (PUJSB) sebagai Pengurus Besar. Sejak dia mengambil jawatan itu, ramai kakitangan dikatakan meletakkan jawatan termasuk yang sudah berbelas tahun berkhidmat dan tiada masalah bekerja di syarikat milik kerajaan Johor itu dan antara yang terbaik di agensi itu. Perletakan jawatan itu dikatakan disebabkan cara kerja Hasrin dan orang-orangnya yang tiada pengalaman.

Ramai yang merungut sebenarnya apa fungsi PUJSB ini. Banyak Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) berkaitan usahawan merungut cara kerja agensi ini kononnya diwujudkan bagi membantu usahawan tetapi lebih banyak menyusahkan usahawan. Tetapi pandai menghabiskan wang.

Kata seorang pengerusi NGO usahawan yang mempunyai lebih 300 ahli di Johor dan hanya mahu dikenali sebagai NK, "lebih baik kerajaan Johor bubarkan PUJSB itu sebab tiada fungsi langsung. Apabila kami ke sana, banyak benda yang mereka tidak tahu dan kami pula yang terpaksa salurkan maklumat kepada mereka."

PUJSB dikatakan mendapat dana operasi tahunan daripada Kerajaan Johor lebih RM3 juta dan tahun lalu, banyak 'lawatan sambil belajar' ke luar negara dilakukan terutama diketuai oleh Exco bertanggungjawab menjaga keusahawanan, Jais Sarday. Memang benarlah moto Khaled, Keusahawanan itu Satu Kerjaya. Dapat berjalan ke luar negara. Kita tidak pula nampak apa yang dibelajar di luar negara itu diaplikasikan apabila sudah pulang.

Antara contoh cara wang digunakan secara efektif oleh PUJSB, pada Disember lalu, Bengkel Pelan Tindakan Strategik Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Johor diadakan di Pullman Putrajaya Lakeside!

Wow! Tepi tasek kau! Yelah, mesti nak keselesaan. Tetapi agak pelik, pelan tindakan strategik mengenai PKS diadakan di Putrajaya? Khaled perlu lebih agresif lagi dalam menarik pelabur kerana Johor masih tiada hotel lima bintang hingga sebuah agensi di bawah kerajaan Johor terpaksa berbengkel di tepi tasek nun jauh di Putrajaya. Lagipun kemudahan dewan yang ada di PUJSB boleh memuatkan hingga 200 orang dengan belanja pengubahsuaian puluhan ribu ringgit mungkin tidak cukup selesa buat penganjur.

Diangkutnya semua kakitangan ke hotel lima bintang ini. Beberapa pengerusi NGO usahawan pun disediakan bilik di hotel lima bintang ini. Lebih 80 peratus datang ke Putrajaya dan hanya 20 peratus sahaja terutama panel seperti daripada SME Corp datang daripada ibu negara. Rasanya jika dibelanjakan wang itu untuk bawa CEO SME Corp ke Johor Bahru lebih murah? Dari zaman Mahathir Hitler sampailah ke zaman Najib, kalau pemimpin datang daripada Umno mesti perangai macam ni?

Tak apalah, agensi lain bawah pemimpin Umno pun buat benda yang sama. Takkan nak pertikaikan? Khaled pun tak bising, kenapa kita hendak bising? Biarlah.

Dan baru-baru ini, dengarnya hampir RM900,000 dibelanjakan untuk menganjurkan Gerak Usahawan di padang Komplek Angsana yang terkenal di Johor Bahru. Tiada pengunjung! Apa agaknya yang dibelanjakan hingga hampir RM1 juta tu? Siapa yang luluskan wang sebanyak itu? Apa kata Khaled? Khaled tentu tak cakap apa-apa sebab itu orang dia. Blue eye boy Khaled. 

Kita tahu orang Umno memang suka perhabiskan wang. Sebab itu kita perlu ubah.

Dengar khabar, pegawai-pegawai di Unit Perancangan Ekonomi Negeri (Upen) Johor pun dah meluat dengan Hasrin apatah lagi dengan perkembangan terbaru menghabiskan wang buat karnival tetapi tiada pengunjung. Inilah masalah KPI. Semua mahu mencapai KPI, asal capai. Perlaksanaan gagal tak mengapa. KPI mesti capai. Tak habis-habis orang Umno dengan KPI. Cukup tahun, bentangkan KPI guna powerpoint, orang tengok semua ternganga. Mestilah letak gambar elok-elok kan? Mungkin Hasrin patut tengok balik kenyataan media pada Perdana Menteri. Inilah dikatakan Holier than thou ini. Bercakap pandai, tapi sebelum bercakap itu, eloklah tengok cermin dahulu.





1 comment: